Sembang-sembang tentang projek, Kak Wan, senior officer kami masuk ke bilik makan, terkebil-kebil melihat kami buang masa. Aku biarkan saja. Cuma tinggal sepuluh minit sebelum tamat waktu kerja. Semua tugasan sudah selesai. Mau apa lagi?
“Ni cuti panjang ni ulat bulu siapa kasi makan?” dia bertannya kepada RAnya. Nadanya masih di tahap friendly. Kak Su dengan penuh rasa tanggungjawab mengulas, “Ah, tadi kami beri daun banyak-banyak. Cukup sampai minggu depan.”
Aku mencuit kak Pah, lalu mulutku mengutarakan soalan tanpa suara. Ulat apa?
“Ulat yang makan daun jati.”
Dahiku berkerut. Aku memandang kak Wan, dan dengan agak bangga dia memberi penjelasan.
“Ulat ni ulat perosak. Suka makan daun jati dan musnahkan tanaman jati.”
Ah. “Ulat ni nanti bila dah dewasa jadi apa?”
Kak Wan macam bengang dengan soalan aku. “Tak kisah la dia jadi apa. Yang pentingnya masa stage ulat, dia makhluk perosak.”
Aku ulang suara. “Ya faham. Tapi bila besar mesti jadi sesuatu kan? Jadi apa?”
“Rama-rama,” Kak Pah membantu.
Kak Wan explain lagi seperti aku budak lepasan SPM. “Kak Nor tengah buat research. Dia cuba introduce BT gene dalam pokok jati. BT gene ni nanti akan musnahkan system penghadaman ulat dan lama kelamaan ulat tu akan mati. Jadi tak ada la lagi gangguan pada pokok jati.”
RAnya yang memang lepasan SPM nampak sangat kagum.
Aku sengaja menongkah arus. “Kalau kita guna BT gene, tak pupus ke ulat tu?”
Dengan penuh yakin kak Wan menjawab, “Ulat tu tak berguna pun. Siapa suruh makan daun jati?”
Kucing advokasi dalam hati aku menyinga, buat aku rasa panas tiba-tiba. Aku tak suka emosi yang melampau, tapi serius aku katakan: aku cukup benci dengan orang yang kurang berfikir tentang hak orang lain, atau lebih jelasnya di sini, hak makhluk lain.
Dan untuk seorang saintis institut penyelidikan berpangkat PhD mengutarakan pendapat seperti budak dua tahun adalah sesuatu yang tak dapat aku terima. Siapa suruh makan!? For heaven’s sakes, come on!
Kak Wan mungkin merasakan perubahan suhu bilik, lalu dengan nada keamanan dia berkata, “Ala, kalau sesuatu tu mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan..”
Inilah dia masalah kebanyakan saintis Malaysia zaman ini.
Bila sudah pelajari sesuatu, kita rasakan diri sudah betul, dan ilmu yang kita dapat, itulah yang terbaik. Betulkah? Sebagai seorang biotechnologist juga self-proclaimed pencinta alam, aku banyak belajar betapa kita ni hidup dalam satu jaringan yang imbangannya bagai telur di hujung tanduk. Tak perlu tunggu haiwan besar untuk lenyap dari muka bumi. Kehilangan ulat sudah cukup untuk meranapkan semuanya!
Sekarang zaman integrasi; era interdisciplinary education. Sebanyak kita mengetahui tentang punca sesuatu, kita juga harus tahu serba sedikit tentang kesannya. Everything is a cycle of cause and/or effect, and everything comes with its own costs and benefits . In short, everything contributes to a whole and consequently, the loss of even one component will adversely affect the whole.
Haish, aku rasa sangat kesal. Aku mahu pertahankan hak ulat-ulat tu; ulat yang akan jadi rama-rama cantik. Hanya sebab pokok jati yang menjadi makanannya sejak azali tiba-tiba sudah menjadi komoditi terhangat bagi manusia, haiwan ini harus berdepan dengan kepupusan. Adil ke tu?