Tuesday 25 August 2009

Doing it wrong, learning it right..

Are you sure?” dia tanya lagi.

“Betul la tu,” aku angguk, separa yakin. Ada sesuatu dalam suaranya yang buat aku rasa was-was.

Sekali lagi mataku tertumpu kepada buku lab yang sedang asyik diteliti Dr. Kevin, supervisor makmal aku. Berkali-kali dia menyelak helaiannya, sekejap ke jadual resipi master mix PCR aku, sekejap ke gambar gel electrophoresis terkini. Gambar yang nampak sangat tak betulnya.

Dari segi fizikal, seperti PCR aku berjaya. Jalur DNA marker COI nampak terang-benderang atas gel tu. Bila aku tunjukkan ke warga makmal, semua menepuk tahniah bahu aku. Tapi, sebab aku liat nak puas hati, lama aku belek gambar dalam tangan. Perhati punya perhati, baru aku sedar, semua DNA marker aku hanyut ke takuk 100 bp, walhal saiz sebenar sepatutnya di tangga 600. Marker aku tak cukup lagi 500 base pairs…

Sah la ada yang tak kena.

Tiba-tiba Kevin tergelak. Aku makin tak suka dengan keadaan. Dia menuding ke gambar gel. “Ni bukan marker la. Ni semua very impressive-looking primer dimer saja!”

Mata aku tak beralih dari buku, tapi dalam hati aku merungut. Kevin, ko biar betul.. band secantik tu ko bilang sampah? Hampeh!

Namun di luar hati aku ‘oh’kan saja. Aku lebih interested untuk faham di mana kesilapan aku. Lain yang aku tuju, lain pulak yang aku dapat. Kalau berterusan macam ni, menangis la Dr. Christine. Tentu sekali projek ni takleh nak siap sebelum hujung tahun ni. Projek yang paling mahal pernah FRIM sponsor, tersangkut.

Projek yang kesimpulannya terletak betul-betul atas kepala otak aku.

So, what happened?” aku bertanya, mahu cepat membetulkan kesalahan. Dia tersengih dan kembali ke jadual master mix PCR. Aku teliti resipinya. Resipi yang aku kenali sejak zaman undergrad lagi. “So?

“Kamu tak nampak apa yang salah?”

“Tak.”

“Tak!?”

“Kevin!”

Dia tergelak lagi, lalu mengajak aku duduk di meja makmal. Di lembaran kosong buku lab aku dia mula menyonteng penjelasan. Makin lama muka aku makin panas menahan malu. Banyak betul yang aku buat salah. Apa saja yang aku faham selama ni, aku pun tak tau. Dari soal dilution ke sample volume, semua aku screw up. Dammit!

Aku cuba mengingat. Ada tak Br. Kamarul ajar semua ni semasa Final Year Project dulu? Setahu aku, tak. Yang penting waktu tu, aku faham apa nak buat dengan pelbagai kits yang diberikan. Apa yang ada, aku guna. Ikut manual. Tak payah susahkan otak.

Well, apparently that won't work anymore..

Kevin cukup sabar mengajar aku. Buku aku yang dulunya kemas kini berselerak dengan formula dan kira-kira. Tanpa aku sedari, kami dikerumuni warga makmal yang lain, semua mengikuti Kevin dengan penuh perhatian. Kak Yam selaku ketua RA makmal memeluk bahuku seraya berbisik; tak apa, kitaorang pun sedang belajar juga.

Dan dengan begitu saja, rasa seganku hilang. Kita semua pelajar, tak kisahlah setinggi mana kita pergi. There’s always room for mistakes; to learn and grow. Aku tak salahkan sesiapa atas kekurangan aku. Aku sedar, Br. Kamarul banyak memberi peluang untuk belajar, cuma aku yang kurang peka.

Kadangkala kita kena asuh diri sendiri. Kamu faham? Contohnya, aku tahu aku ni degil. Keras kepala. Selalu ingin betul. Sindrom anak sulung. Tapi, sampai satu tahap aku tak boleh ambil ringan keangkuhan aku. Sampai masa aku harus akur yang aku kekurangan, dan beri laluan kepada yang lebih mengetahui untuk memimpin.

It’s not easy to admit one’s deficiencies. But in the greater scheme of things, a little groveling goes a long way in giving us what we all deserve; a chance at understanding life.


Tuesday 11 August 2009

You know it's time to take a break when......

...........your parents' obligations becomes yours.

My mum was asleep by 2 a.m. last night, leaving me to tie up the loose ends of her research presentation well into the wee hours of dawn. An economist I am not, but I swear, by 8 a.m. this morning I had become an expert on Watershed Valuation and Opportunity Cost Analysis..

Of course, I also became the walking dead.. I shuffled about the CBioD National Stakeholders' Workshop completely out of focus, and slept through most of the morning's presenters.

I was only awake for my mother's turn, where I proceeded to spend the next thirty minutes clutching at my chest and mouthing the powerpoint slides along with her word for word, willing her not to falter.

Her RAs regarded me with mild disgust and sympathy... For puck's sakes, I'd spent the entire weekend crafting my mum's frigging research-output powerpoints for her! What did they expect!?

On the one hand I always ask myself, "Is there anything you can't do?" but the other hand keeps yelling, "Well, stop offering what you can!"

*Sigh* Say what you will, inner spirits.. But offer them I must.

I came home from work yesterday evening with a trunkload worth of groceries, thanks to my excursion at the pasar malam. Our fridge and pantry were almost empty, and it seems I was the only one with time, budget and attention to dwindling details to give a damn.

Kak Yati - our faithful maid - took the goods from me without so much as a word. I read the soft expression on her face and I knew what she was thinking and I was slightly afraid of all the things she's seen in my family and what she thought of them.

But, to her credit she's been very sweet to me lately. Always offering to do little things; always obliging. If that wasn't a sign of kind understanding, I didn't know what was.

Haish, be thankful you people have parents who are.. well, parents..

Heck, just be thankful you're not 27 sporting premature wrinkles and grey hairs and we'll call it a day!

Tuesday 4 August 2009


Mari aku kenalkan: ni la dia projek Masters aku yang telah dicadangkan USM dan UNIMAS. Tambah kelawar spesis Hipposideros bicolor, DNA sampling di kontinen dan kepulauan tertentu atas map tuh, dan analisa phylogeografi tahap dewa.

Mantap? Tunggu aku explain sikit dulu..

The above map illustrates the Sunda and Sahul shelves, which existed during last ice age, about 17000 years ago. These shelves came about with the presence of two land bridges; the Sunda land bridge, which connected much of Southeast Asia to Mainland Asia, and the Sahul land bridge, which connected Australia to the neigboring New Zealand. Between the two shelves is an area called Wallacea, named after the famed biologist Alfred Russel Wallace, who noted that biota on the Wallacean islands did not resemble the biota from iether of the shelves flanking them.

Jadi, apa pentingnya rak Sunda, rak Sahul dan Wallacea?

Pertama, dengan timbulnya titian tanah Sunda dan Sahul, sedikit sebanyak kita dapat mendalami corak penghijrahan flora dan fauna di masa lampau, sekurang-kurangnya di benua Asia. Kedua, kita dapat melihat kesan terhadap flora dan fauna apabila titian-titian tanah ini tenggelam berikutan kenaikan paras air laut yang kekal ke hari ini; kesan seperti evolusi, adaptasi, kepupusan, ataupun kehadiran spesis unik di kontinen atau kepulauan tertentu saja (endemism). Ketiga, penyelidikan seperti ini dapat memberi impak pada usaha pemeliharaan sedia ada, dengan mengenalpasti kawasan biodiversiti tinggi yang harus dilindungi.

Sekian penerangan.

Tengok penjelasan macam aku faham... kan? Don't let that fool you!

Setiap kali aku tengok peta tu, otak aku serabut. Bukan sebab aku tak faham, tapi sebab terlampau banyak faktor yang harus aku ambil kira. Itu baru masalah logistik. Ni fauna of interest tak cerita lagi ni. Genetics tah ke mana. mtDNA? microsatellites? SNPs?? HAISH!


Nak tulis proposal pun aku tak tahu nak mula dari mana. Setiap kali aku buka Word minda aku jadi beku. Jadi aku pandang je la skrin putih tu, sampai mata aku berair dan kabur..

Dr. Azizah masih menunggu. Mr. T dah penat menanti. Dr. Christine dah tak sabar-sabar lagi.

Stop having so much faith in me! I'm only human!!








Postscript: Kawan-kawan, aku merayu.. jom la kita pi cuti! (=_=)