Monday 19 January 2009

Dance


I hope you never lose your sense of wonder
You get your fill to eat, but always keep that hunger
May you never take one single breath for granted
God forbid love should ever leave you empty handed


I hope you still feel small when you stand beside the ocean
Whenever one door closes, I hope one more opens
Promise me that you'll give faith a fighting chance
And when you get the choice to sit it out, or dance
I hope you dance


I hope you never fear those mountains in the distance
Never settle for the path of least resistance
Living might mean taking chances, but they're worth taking 
Loving might be a mistake, but it's worth making


Don't let some hell-bent heart leave you bitter
When you come close to selling out, reconsider
Give the heavens above more than just a passing glance
And when you get the choice to sit it out, or dance
I hope you dance


Time is a real and constant motion
always rolling us along 
No one wants to look back on their youth and wonder
where those years have gone..


I hope you DANCE.

_____________________________________________


Seraya membaca blog seorang adik, aku makin kaget; Bicara Zion, peranan Muslim, serta konsep Islam yang keliru di mata sesetengah penganutnya sendiri.. Gambaran dia aku kira cukup sebati dengan perasaan amarah Ummah disaat ini, dan secara amnya aku mengerti. Namun, hati aku entah kenapa tak semudah itu turut setuju dengan semua hujah dan contoh yang diberikan. Aku cuba memujuk diri: Ah, kamu macam itu sebab kamu lilin.. 

Tapi jelas, kali ini aku terasa..

Aku ingin sekali menghuraikan untuk kamu, yang pasti sekarang sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Tapi sayang, tak ada ayat tepat yang dapat aku susun sebagai penjelasan; ayat yang sekaligus tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Hakikatnya, manusia itu berfikir, merasa, dan meneruskan hidup atas pengalaman sendiri, dan pengalaman aku sudah banyak membawa aku berdepan dengan isu-isu yang diketengahkan. 

Selalunya, bila aku keliru aku akan bertanya. And at this moment, ini soalannya:
  1. Pernahkah kamu hidup rukun dengan seorang Yahud?
  2. Pernah kamu berkongsi derita seorang saudara seagama yang keliru dan tercari-cari akan pertaliannya dengan Tuhan?
  3. Adakah matlamat itu menghalalkan cara?
  4. Adakah kita sebagai manusia hanya terbagi kepada yang salah dan yang benar?
  5. Apakah peranan kamu dalam semuanya? Apakah pula peranan kita?
Kamu jangan keliru. Aku tidak menyokong keganasan ke atas Palestin, atau berpalingnya seorang Muslim terhadap Islam. TIDAK SAMA SEKALI. 

Cuma, aku punya pengalaman yang banyak mengajar aku kalau agama dan perkauman itu bukanlah soal cetek dan picisan; cebisan info yang boleh dikongsi dan dijadikan platform untuk mencari pandangan selari. Pada aku, bukan itu caranya untuk menang dan tentu saja bukan itu caranya untuk bersatu.   

Bak kata Dr. Adi Setia: You can be majority, but that doesn't necessarily make you right.






Postcript: kepada seorang adik, aku tak bermaksud apa-apa. Kamu tahu aku sayang kamu.. 

Tuesday 6 January 2009

Resolutions

Aku tahu, entry ni dah lemau. Aku sepatutnya menulis tentang Pergau the moment I got home. Baru ada feel... 

Malangnya, kesuntukan masa dan kondisi internet aku yang maha lengai sering saja buat aku tunda niat. Tak apalah. sekarang pun feel apa. Contohnya, penyiksaan aku bersemayam 14 jam dalam keretapi dari Kelantan ke KL.. I'm still feeelin' it! 

haish.. Kepada KTMB aku nak sarankan satu perkara: Tak kisah la benda-benda lain, tapi lain kali boleh tak kalau disediakan satu gerabak khas untuk musolla? Keretapi punya la panjang. Begitu ramai yang nak solat tapi suraunya cuma sebesar *tuuut*!! 

As-sobru minal iman... (-_-)

Sebenarnya, nak tulis pasal Pergau aku takde gambar nak lekat (aku dah amik copy dari Ann hari tu, tapi takleh nak retrieve la pulak.. laptop bengong!). Tapi apa yang aku nak kata ialah, trip ni cukup menyelamatkan kewarasan aku. Sebelum ni aku tension dengan hidup. Day in day out aku macam robot; traffic jam, work work work, then traffic jam again. So kepada semua yang pergi, berjuta-juta terima kasih atas semuanya. Kepada yang tak ada, kitaorang rindu.. cuba-cuba la ada next time ya! ^.~ 

Sejak balik ni semangat aku bertambah: discussion with Monash went well. Supervisors aku happy happy belaka sejak extraction dan PCR aku sukses. Masalah adik-adik pun dah makin reda, dan gaji aku surut mendadak melayan kerenah mereka.... Alhamdulillah.

Tahun baru ni, aku ada buat beberapa resolutions. Aku tahu, cliche sungguh... Tapi hakikatnya aku baru sedar yang aku ni sebenarnya jenis yang merancang. Don't get me wrong, I like living on the edge; spontaneous, carefree, gone-with-the-wind what have you.. And I used to think that I could go on like that always. 

Tapi, bagi kamu yang ada tanggungan atau akan punya tanggungan di masa akan datang, kamu pasti faham. Kita tak hidup hanya untuk diri sendiri. There is a bigger picture we have to complete. In my life, that role is huge; sometimes loathingly so. Tapi apa mahu buat. Sudah itu kehendakNya.

Anyway, I've decided to turn my resolutions into mini projects. Aku cepat bosan. Banyak azam-azam yang pernah aku buat kebelakangan ni tak menjadi, gara-gara terlalu 'bersemangat'. It was always iether too extreme, or just taking too much time. Trust me, a year long resolution? not gonna happen!

Jadinya, azam aku akan dilaksanakan secara berperingkat. Quarterly gitu. Meaning, setiap tiga bulan aku akan assess balik keberkesanan method-method tertentu, dan ubah haluan jika perlu (aku separa saintis, what else would you expect?). 

Di bawah ada listings. Kamu faham-faham saja.


1. Losing weight

Azam yang wajib sejak umur aku 9 tahun. Yang salahnya, setiap kali azam ni keluar, ia disertakan dengan niat nak turun 40 kilo dalam tempoh paling singkat! Haish, 18 tahun dah banyak mengajar aku tentang kemustahilannya, jadi tahun ni aku berazam lebih sederhana.

Aku nak cuba turun 10 kilo dalam masa 3 bulan terdekat. It's not that impossible really. 3 kilos a month. I think that's manageable. Aku kira, kalau aku boleh turun 10 kilo setiap 3 bulan, cukup setahun... Hm, aku belum lagi berani mahu fikir ke tahap itu. Kalau begitu senangnya, dah lama aku kurus. We'll just have to wait and see.


2. Grooming

Azam ni timbul atas dua peristiwa: 1) Ketika mengimbas gambar-gambar undergrad, dan 2) ketika mengimbas katalog farmasi Watsons.. (-_-) 

Aku sedar, aku ni generally kurang prihatin tentang penampilan. Sedari kecil aku memang diterapkan dengan prinsip sederhana.  Pokoknya, penampilan harian aku lebih memudahkan aku terjun sungai dari menghadiri jemputan makan tengah hari di Hilton Meridien. If you had seen my childhood, you would have thought me an utter savage (a.k.a sakai).

Namun secara jujur, sejak kebelakangan ni aku macam tertarik dengan barangan-barangan feminin yang dulunya aku anggap jijik dan kepura-puraan. Safura yang lebih ketara ciri warisan-wanita-terakhirnya juga banyak mempengaruhi. Contohnya, dulu syampu saja, sekarang dah guna perapi, religiously. Sabun buku Dettol dah berubah kepada Lux perisa strawberry whipped cream. Bedak bayi dah tukar compact; lip balm dah tukar lipstick; bilik aku sekarang dah lengkap dengan meja solek. 

Haish.. Bila digambarkan begitu, aku jadi takut dan tertanya-tanya: what am I turning into??

On the other hand, maybe I'm just a really really late bloomer. Girls will always be girls, right?


3. Kawan and beyond

There are relationships I want to strengthen. This is very important to me, and truthfully that's all can really say about it at this point.