Wednesday, 30 September 2009

Toe the line

Apa aku buat selepas tahlil arwah atuk?

Aku menghilangkan diri dengan Coolpix abah. Merayau satu kampung dituruti Acha, Longot dan Omey. Aku dah serik dengan bisik-bisik pengajaran dan anjuran bersabar para hadirin. I know they meant well. But in the end, this will be just another day, another death, a part of life for them. For the sake of my grandpa, I refused to remember it that way.

Lalu selepas yasin dan doa aku meloloskan diri, mencari warna selain putih; bunyi selain ratap. Dan aku sapa atuk dalam mekar kembang dan siul petang kampung kesayangannya.

Kadang-kadang aku rasa lemas jadi dewasa.

Lebih dari memikul tanggungjawab, ada sejenis politik keluarga dan tradisi yang seperti harus aku anuti. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kalau kulum dalam mulut saja, aku pula yang jadi mangsa.

Kita semua manusia.. arwah Makngah aku selalu cakap macam tu. Zaman aku tak faham, aku interpret ayat ni sepertimana orang lain: Kita adalah makhluk yang tak lari dari kesilapan. Jika kamu perhatikan, ayat cliche ini positif. Dalam diam kita terima orang lain seadanya; secara tak langsung kita memaafkan.

But, everything in life is a double-edged sword..

Melihat keadaan keluarga aku selepas pemergian arwah atuk, aku sedar mungkin Makngah cuba mengatakan sesuatu, dan ianya tak sepositif yang aku sangka. Keluarga yang dahulu aku sanjung kerana tali persaudaraan yang sangat kukuh, sudah mula mempamer cela. Di mana ada harta dan wang ringgit, di situ akan selalu ada dendam dan fitnahnya.

Aku mahu jadi anak-anak. Aku mahu diasingkan dari pertelingkahan dan sesi tuduh-menuduh. Malangnya, aku sudah matang. Sudah boleh diseret ke dalam lubuk. Lalu aku disajikan sifat kelam orang-orang yang aku sayangi. Duniaku jadi terbalik bila aku pula yang harus jadi antara suara-suara yang objektif. Tembok hormatku terhakis bukan sedikit.

Kita semua manusia. Zaman aku faham, ayat ini aku tafsirkan sepertimana yang aku alami.

We're not evil because we're only human.. We're only human because we're evil.

3 comments:

Anonymous said...

hai bomoh ilmu hitam

Opie said...

bomoh ilmu hitam..?

Kecikjer said...

hait2...

People hide behind that phrase all too often..