Saturday 5 September 2009

Jalan jalan cari daun!



One of the perks of working where I work is getting to do things that have nothing to do with me…

Minggu lepas, unit aku – Unit Ekologi Hutan – menganjurkan kursus pengenalan pokok. Sebagai seorang RA yang agak sibuk dengan tugasan makmal, aku sangka aku akan dikecualikan dari kewajipan menghadirinya. Lagipun, aku bukanlah seorang ahli ekologi, jauh sekali botani. Lantas dalam kepala aku congask bahawa kehadiran aku tak mungkin dilihat begitu penting.

Tapi ternyata anggaran aku kurang tepat bila Christine menelefon pada hari kursus. “Attendance is compulsory for all UEH staff.. We’ll wait for you, so come on!”

Aku terlupa. I’m a geneticist working for an ecologist..

Lalu dengan berbaju kurung aku mengikut jejak encik Abu Husin – pengendali kursus kami – ke dalam trel hutan simpan FRIM. Hari tu kami belajar mengenali pokok-pokok dari keluarga euphorbiaceae yang banyak terdapat di hutan tropika. Antara pokok popular dari family ni termasuklah pokok getah, pokok berbunga dan ubi keledek.

Sebelum bermula, En. Abu mengingatkan supaya kami memberi sepenuh perhatian. “Tree identification bukan senang. Kalau lalai nanti tak dapat. Saya tahu kita semua puasa, tapi puasa pun boleh belajar juga.”

Dalam hati aku kata: No hal! Belek daun jer pun. Cuba try DNA extraction..

Haish, sifat takabbur ni memang selalu menunggu untuk menjatuhkan hamba-hambaNya.


Masuk saja trel aku diberikan satu dahan yang dipenuhi daun. Menurut En. Abu, corak daun seperti itu dipanggil compound. Aku teliti sikit, aku angguk tanda faham. Kacang. Next example.

Dahan seterusnya mempunyai corak daun yang lebih kurang sama dengan yang sebelumnya, lalu tanpa berfikir aku menjawab, “Compound!”

“Salah tu.. corak daun seperti ini dipanggil simple.”

Serius aku cakap, tak ada bezanya contoh kedua tu dari contoh yang pertama. En. Abu minta kami kenali dahan dan ranting, yang dapat membezakan corak daun. Soalnya, yang mana satu dahan, dan yang mana pula ranting? Dua-dua pun banyak daun juga!

And that’s when all hell broke loose..

Makin jauh ke dalam trel, aku, Christine dan Joann makin keliru. Aku rasa kalau saat tu aku jadi renjer hutan, aku la yang paling hampeh. Mesti aku akan duduk depan satu pokok berjam-jam lamanya, semata-mata nak belek daun. Ceh, asal coraknya saja aku dah termangu. Tu belum masuk bab bentuk daun, jumlah urat dan stipules.


Corak daun nampak sama tapi owh so tak serupa!

Setengah jam berjalan tangan aku dah penuh dengan contoh daun dan dahan/ranting. Berkali-kali En. Abu menyoal, menilai kefahaman kami. Tapi aku main teka jawapannya. Kadang-kadang betul, selalunya salah. Lama-lama, kesabaran aku menipis.

“En. Abu, ni saja ke caranya nak ID pokok? Tengok daun saja?”

“Tak,” jawabnya spontan, sedikit defensif. Serta-merta aku rasa bersalah. “Oh.. boleh tunjukkan cara lain tak En. Abu? Mungkin cara yang lebih senang orang bebal cam saya ni nak faham,” aku sengih.

Dia tersenyum jahat. Apparently selain daun, spesis pokok juga boleh dikenalpasti dari segi buah, bunga, corak kulit, getah pokok, jenis akar, dahan, tanah, aras tinggi—

Ooookay... menyesal aku tanya!

I have to say though, despite the difficulties I was having a blast! Aku tak berapa faham tentang tree identification, but I will never look at a tree the same way again, that's for sure! Dan kalau tak dapat apa pun, sekurang-kurangnya aku dapat luangkan masa berjalan dalam hutan, sesuatu yang dah jarang aku lakukan sejak terpaksa berada di makmal. Forest and nature is what I enjoy most in life, and to be a part of it again even for just an hour did a lot to lift my mood.

Dan yang paling penting, aku belajar hargai kecekalan renjer-renjer FRIM yang banyak menghabiskan masa melakukan kerja-kerja renyah-tapi-perlu macam ni. Bayangkan, aku tuding jari ke mana-mana pokok, dan mereka akan ID bukan saja spesis, malah genus, family serta kegunaan komersil. Tahap kemahiran macam tu tak mungkin aku dapat dengan hanya sejam dua belajar..

Dalam perjalanan keluar trel aku mencuit Christine. Dia memandang aku, seperti sangat tahu yang aku tak puas hati dengan proses pembelajaran hari ni. “Can’t wait to get back to the lab, huh?” she guessed, waiting for the definite Yes.

I couldn't help it. I jump at every opportunity of proving this woman wrong..

“Actually, I was going to ask you when the next Jalan-Jalan Cari Daun will be.”

2 comments:

Nurhidayati Abd Aziz said...

It's always work stories from you, and **** stories from me, it made me feel so unproductive and indulgence. :p

Opie said...

But those are exactly our roles though!

I'm the salary earner clawing at the realities of life; You're the hopeful student basking in seemingly endless possibilities! ;p

What I'd give to be in your shoes.. Indulging options isn't something I can afford for the moment.. (-_-)