Saturday, 12 September 2009

Betterment: Part I


"Saat ini, ramai umat Islam sedang memburu. Di dalam sepuluh malam terakhir ini ada satu malam yang hayatnya bak seribu bulan. Malam turunnya segala ketetapan bagi tahun akan datang. Malam rezeki yang membuak-buak.

Yang sukarnya, pintu Lailatul Qadr ini terkuak saat ramai yang tak sedarkan diri. Huluran salam sang Jibril sering saja disambut dengkuran dan mimpi.

Penulis ini tidak menyangkal hakikat bahawa pada tahun-tahun sebelumnya, dia juga tergolong diantara mereka-mereka yang ketiduran. Bahkan bila diteliti, terasa seperti pada setiap peluang diberikan Tuhan, dia sedang kelalaian; kuyup dengan limpahan duniawi.."

Salah satu pegangan aku yang kekal hingga ke dewasa ini ialah sentiasa mengambil jalan tengah dalam apa jua situasi. Dalam konteks ilmu dan pengalaman, ini bermaksud aku menerima apa saja yang datang. Sifatku porous, bisa menyerap setiap kemungkinan; buruk baik, betul salah, halal haram. Bukan semua untuk dipraktikkan, tapi semua dalam usaha memahami.

A little bit of this, a little bit of that, aku bumbukan jadi satu dan aku lumurkan ke hati. Pokoknya, sangat tak sesuai kalau kamu melabel aku kudus dan alim, atau mengira hanya kamu saja yang meniti hidup in shades of grey..

Kalau aku buka topeng, kamu pasti nangis.

Hari ni aku mula cari jalan tengah lagi. Sebab hanya dengan mencari baru kita sedar kalau kita sesat atau hilang. Ni yang dikatakan muhasabah diri. Cumanya, bila kita leka dengan sesuatu tu, muhasabah pun secara lembut, takat nak make sure kita tak betul-betul menyimpang. Contohnya:

Aku camni, tapi sembahyang belum tinggal lagi...

Pernah dengar dalam kepala? Minta simpang. Tapi kalau dah terdengar, know that something's wrong somewhere..

Aku mula terfikir keadaan 'sebenar' diri bila datang bulan puasa dan aku liat nak sembahyang tarawih di masjid walau 8 rakaat; apa lagi la 21 rakaat yang disarankan mak. Suara dalam kepala: Aku dah kerja sekarang. Bahagi masa antara ofis dan makmal. Deadline tak menang tangan. Aku keletihan!

Tapi Alhamdulillah, mata hati aku tak dibutakan lagi; masih dapat merasa kalau aku tak di jalan yang sepatutnya. Jadi hati buat research. Cari lagi keburukan yang menjadi petanda kondisi spiritual aku. Hati menjadi sensitif, menunggu masa aku melakukan perkara yang potentially mungkar..

Dan mula la aku perasan semua benda. Contohnya, kalau mama pasang CD ceramah atau radio IKIM dalam kereta, aku rasa semacam. Ada sikit rasa tak puas hati. Tak tahu kenapa. Bila mama tak ada, MP3 aku cepat-cepat jadi ganti. Bergemalah Myvi kesayangan mama dengan alunan muzik yang dia tak suka.

Lagi aku perasan, kesabaran aku. Asal disuruh sikit, aku menyinga. Asal ditegur, menyinga. Lagi dekat time nak buka, lagi dasyat. Dan kekadang tu perkataan yang keluar.. Seriously, I don't know where these ugly things are coming from! But they came spilling out of my mouth like I say them everyday.

Dan petanda yang penghabisan: aku dah mula tak objektif dalam menangani masalah.

Perkara ni sangat aku titikberatkan, sebab pada aku objectivity adalah konsep asas yang menentukan pemikiran dan tindakan seseorang terhadap diri sendiri dan orang lain. Bila kita tak objektif, kita cenderung berat sebelah, berpuak-puak, bersangka buruk dan mementing diri. Dan kalau dah pentingkan diri, takkan terfikir nak muhasabah..

Benda ni dah lama aku jadikan ukuran peribadi; personal trademark aku sebagai seorang sahabat, kakak dan anchor kepada keluarga. Kalau runtuh perkara yang satu ni, maka goyahlah peranan aku di sisi ketiga-tiganya.

Aku sama sekali tak boleh biarkan itu berlaku. Not if I can help it!




Postscript: Adik, akak pinjam title entry kamu ya! Besides, what better way to appreciate a muse than to plagiarize his work? ^^

2 comments:

Anonymous said...

im struggling....malam ada bola lagi lahhhhhhhhhhhhh....

Opie said...

Erm..

Well, kamu kena buat keputusan. Bola ke, Ramadhan?

Obvious jawapannya kan? tapi.............

Bak kata mak akak, "itulah yang dinamakan insan. Tak lari dari kelalaian.." ^^