Tuesday, 27 April 2010

hard lessons for the hopeful penjual-ikan-to-be

Aku mahu angkat telefon dan buat panggilan yang menentukan masa depan aku, tapi tangan aku tak tergerak. Jauh di lubuk minda terasa seperti aku membelakangkan sesuatu. Seperti menggigit tangan yang memberi makan?

Aku masih lagi bertatih menjadi seorang penjual ikan yang berkaliber..

Perjumpaan di USM membuahkan hasil yang tak aku sangka-sangka. Result yang aku dapat dari DNA Barcoding nampaknya seperti menyangkal penemuan satu penyelidikan yang telah dijalankan oleh seorang pakar Chiroptera (read: kelawar) dari Texas Tech. University di Rezab Krau, Pahang beberapa tahun lepas.

Sekiranya data aku signifikan, dunia taxonomy dan genetik akan berselisih lagi. Yang aku tak sedap hati, I'm afraid I am too green to pick up this fight..

Penyelia-penyelia aku, baik di FRIM mahupun USM sangat teruja. Dan walaupun aku telah menolak secara halus cadangan mereka untuk bertukar terus ke program sarjana doktorat, masing-masing begitu excited menghimpunkan cadangan-cadangan penyelidikan peringkat PhD yang boleh aku pertimbangkan untuk Masters.

On the one hand, I'm grateful that they think I have what it takes. On the other, aku takut kalau mereka menaruh kepercayaan di tempat yang salah.. (=_=)

Haish, don't mind me.. Aku sangat insecure pasal benda-benda yang melibatkan ilmu dan pengalaman ni..

Tapi aku ada motto baru! ^^ aku terjumpa, funnily enough, masa tengah melayan fanfiction, dan aku realize aku suka berpegang pada ayat ni, sebab aku akan selalu rasa macam on track gitu:

A fool thinks himself wise; but a wise man knows himself a fool..


Approximate translation: Orang yang bijak sedar hakikat bahawa dia sebenarnya tak bijak..

3 comments:

Anonymous said...

seriously sangat bangga dengan akak

Opie said...

hehe.. Alhamdulillah, TQ! (~_^)

Masih banyak lagi yang nak kena pastikan.. Rasa cam tak percaya pun ada ni..

Tu sebab nak gi amik kelas kat USM, jumpa pakar population genetics from University of Victoria, NZ...

Wish me luck! ^^

FaZiLa said...

wah..kagumnya ngn akak walaupon sy tak brapa pro psl research/bidang akak nih ;p