Tuesday, 25 November 2008

PCR will run for three hours, so in the meantime...

... I'll continue with the tag!


10. Made for a boss

Secara peribadi, aku lebih suka jadi team player daripada jadi team leader, because I like doing the work more than delegating them. Dalam satu-satu tugasan, aku akan lakukan apa yang termampu untuk menjayakannya, sebab aku hanya akan puas hati bila ia sukses atas usaha aku sendiri. Bila jadi team leader, semua benda kena delegate; aku tak boleh buat kerja sendiri. Needless to say, I am very bad at this.

On the other hand though, aku ni jenis yang broad dan holistic.  I don't like nitpicking a problem (finding out the who, what, when, where and why of it); but I like putting together a solution. Dalam erti kata lain, aku tak kisah dengan perkara kecil atau spesifik, sebab aku cuma akan fokus kepada the bigger picture. Unfortunately, this trait - and my general ease with the public - is perhaps the biggest reason why I almost always end up leading a delegation rather than working for one... (-_-)


11. The power of saying something.

Aku dibesarkan dalam suasana di mana aku harus pandai bersuara. Seawal 8 tahun aku dan adik-adik ditinggalkan ibubapa yang sibuk dengan kerjaya; kami sering berpindah randah antara rumah suadara-mara dan grandparents yang tak putus memberi sokongan dan ihsan. (Please don't get me wrong.. I have great parents. Apa yang mereka lakukan, bila diteliti semula adalah untuk kebahagiaan kami.) 

Namun, ada kalanya ihsan itu punya had. Adat orang menumpang lama, ada masanya kehadiran aku dan adik-adik dalam keluarga mereka menjadi beban. Dan bila beban itu terasa, keluarlah kata-kata yang tak enak dan melukakan hati. Sebagai anak sulung alias kakak, aku harus petah memujuk dan beri penjelasan pada adik-adik, juga cuba mempertahankan mak abah sedaya mungkin, baik kepada keluarga mahupun orang lain. 

Pendek cerita, aku sangat bersyukur atas pengalaman yang satu ini, kerana banyak mengajar aku untuk tidak takut bersuara dan mengutarakan pendapat.   


12. I'm a lunatic at heart

Kak Sofie, kamu ini rasional. Terlalu rasional...

Sekali pandang, ramai yang rasa aku ni garang dan serius. In fact, at rest my face seems to be eternally frowning.. (-_-) But don't let that fool you... I am friendly! If you get to know me, I am actually insane! ^^

Secara fizikal, aku seorang yang sangat stabil, mungkin kerana peranan aku sebagai anchor kepada keluarga. Aku jarang sekali out of control dan negatif, sampai kadang-kadang hidup aku terasa terlalu terancang dan bosan. tapi secara mental, I am more of a free spirit. Aku suka kepada perkara-perkara yang spontaneous, ephemeral, and closer to oblivion. Jadinya, aku sangat tertarik pada entiti yang pelik atau separa gila.. I have an affinity for people with these characteristics because they compliment my soul, and I am myself when I am with them.

Jadi, kalau kamu pelik atau gila, dan kamu kawan saya, sekarang kamu tahu kenapa...   


Argh!! Tak cukup masa! Sambung lagi nanti ya! 

5 comments:

Anonymous said...

Kak sufi, gaya penulisan kamu nih, kamu boleh jadi penulis blog yang top. Saya tau cara nak make over. dah strategi2 untuk jadi blogger top. tapi saya tak bley apply pada diri sendiri. saya rasa saya bley share dengan akak....

Shana said...

Saya pelik ke gile kak sofie? Ke dua2? Hoho.

Opie said...

@ Tuan

The best way to teach is to lead by example ^^ I don't know if I really want to become a top blogger.. I just want to write..

Tapi cadangan Tuan agak menarik. What do you propose?


@ Shana

Anda berada di range normal... Tak semua kawan-kawan akak psycho ^^ but I have friends from all over the spectrum! XD

Anonymous said...

saya pelik ker gila?

Opie said...

@Tuan,

You are someone very important to me... boleh? ^^