Tuesday, 13 July 2010

It's all about the money!


“Long, ko jangan la ego sangat!”

Ego!? Tangan aku sikit lagi nak naik ke muka dia, tapi aku tahankan. Nak bercakap dengan anak jantan umur 27 tahun ni kena ada caranya. Terutama sekali yang tengah defensive nak pertahankan minatnya yang latest..

Minat yang cukup la aku tak setuju.

Sejak cuti sem aku dah mula rasa semacam. The twins balik cuti tapi dua-dua tak lekat di rumah. Keluar entah ke mana sampai pukul 3 – 4 pagi. Telefon bimbit kalau tak lekat di telinga mesti saja di hujung jari, SMS tak henti-henti.

Aku tahu mereka ada ‘bisnes’; some internet MLM thing.. Aku dan Pura yang dahulukan duit modalnya, tapi selain tu kami tak tahu apa-apa. Dah diaorang beriya, kami tak mampu nak tolak. We thought, biar la diaorang cuba cari side income sendiri.

Tapi bila tengok keadaan diaorang yang makin rancak grouping sana sini sampai ke subuh adam, aku mula rasa tak sedap hati. Parents aku tak tahu cerita. Walaupun mereka awalnya tak menegur, aku tahu mereka dah mula menghidu perkara tak elok. Bukan apa, kembar ni dua-dua masih lagi belum tamat pengajian. Kalau awal-awal lagi tumpuannya lebih kepada bisnes daripada buku, aku dah dapat forecast haluan adik-adik aku ni.

It ain’t good, that’s all I gotta say...

Bila dipecahkan tembelang, mak ayah aku naik angin. Lebih-lebih lagi bila the twins kata mahu tumpukan perhatian pada bisnes, nak buat MLM seumur hidup. Katanya, belajar tinggi-tinggi pun, gaji permulaan cuma tahap RM1500 sebulan. Nak kena belajar lagi kalau nak naik pangkat. Kerja makan gaji ni menyusahkan, asyik duduk bawah telunjuk orang. Tak ada future..

Katanya, dengan MLM boleh dapat financial freedom. Contoh sukses yang mereka beri? Remaja belasan tahun yang tak ada pelajaran tapi ada kereta mewah tiga empat biji, rumah banglo sana sini dan duit berjuta-juta dalam bank. Nah, dengan bisnes seuntung ini, kenapa perlu susah-susah nak belajar, nak dapat sijil..

Logik? Memang logik, kalau duit yang dijadikan kiblat mata hati.

Aku cuba mengembalikan pemikiran mereka ke arus normal, tapi langsung tak berkesan. Malah aku dianggap egois kerana enggan ‘bertukar mindset.’ Katanya aku tak pandai mengambil peluang, terlalu terikut-ikut dengan gaya hidup yang mementingkan ranking dan hierarchy. Yang paling aku tak dapat terima, bila mereka memperlekehkan ilmu dan seperti memperkecilkan impian aku dan Pura untuk belajar sampai ke peringkat tertinggi. Katanya aku hanya omong kosong tentang impian aku untuk tubuhkan perniagaan sendiri, sedangkan aku masih tak punya modal pun untuk memulakannya.

Haish, macam mana tu?

Dalam hidup ni tak aku nafikan yang duit tu penting. Serius, siapa tak suka ada duit, dan siapa yang tak suka ngabiskan duit? Aku rasa aku paling suka kedua-duanya! ^^

Kalau ada duit, boleh bawa adik-adik keluar makan, pergi shopping ramai-ramai kat One Utama. Boleh belikan mama dan papa Big Apple donuts, atau aiskrim King’s perisa Caramel Almond Fudge. Boleh merayau kat pasar malam dengan Pura tiap-tiap Khamis beli ayam, ikan dan sayur untuk rumah. Boleh balik kampung, bawak nenek pergi pasaraya dan beli apa saja yang dia bubuh dalam troli; sebab selalunya dia akan taruh benda-benda yang dia selalu tengok dalam iklan TV tapi tak pernah rasa lagi - haish, comel! ^^

Dan paling best, boleh plan surprise birthday parties... beli hadiah, belanja orang-orang atau makhluk-makhluk (read: cats) yang sangat aku sayang.

Rumah banglo dan kereta BMW tu walaupun wujud dalam fantasi, bukanlah sesuatu yang aku target dalam realiti aku. Serius, kalaulah aku diberikan rezeki menjadi cukup kaya untuk beli mahligai dan kereta mewah, dan apa yang aku lakukan ialah beli mahligai dan kereta mewah, aku rasa aku la khalifah yang paling tak berhati perut dalam dunia..

Harga satu kereta BMW tu, agaknya boleh beri makan berapa ramai orang? Boleh sponsor berapa ramai anak-anak nak pergi belajar? Boleh bangunkan berapa rumah kos rendah, rumah kebajikan, masjid, perpustakaan, etc? I’m just sayin’..

Maksud aku, apalah salahnya berkerja makan gaji, simpan duit sikit-sikit, menabung untuk masa depan? Kurang-kurangya pendapatan aku stabil; ada elaun, ada pencen. Ni tak, semua nak cepat. Nak duit banyak, nak kereta mewah, nak rumah besar.. all before 30! Wow.. Duit yang datang sebanyak tu dalam jangkamasa yang begitu singkat.. aku sangsikan halal haramnya.

Tapi yang lebih aku risaukan di sini ialah keadaan rohaniah adik-adik aku. Peribadi apa yang dapat dibentuk dari pekerjaan yang semacam ini? What kind of knowledge can be gained? Apa sumbangan yang dapat diberikan pada ummah?

For the record, “Kitaorang dapat tolong bumiputera-bumiputera lain untuk jadi kaya,” is the biggest nonsense I’ve ever heard..

Aku suka teringat pada kata-kata Sr. Fatimah, seorang guru sukarela kacukan Siam-Mesir yang gemar mengajar aku hikmah di sebalik Islamic Finance. Ketika dia terlihat aku mengira hasil kerja babysitting di bilik bacaan masjid waktu aku berumur 16 tahun:

Sr. Fatimah : Sofie habibti.. you want to know how to make money grow?

Aku : Grow? Er, yeah.. sure..

Sr. Fatimah : Good, it’s very simple! Here, you keep a little bit.. Then the rest—

Aku : The rest, I keep in piggy bank?

Sr. Fatimah : What means piggy bank??

Aku : (O_o)? Then, the rest...

Sr. Fatimah : You give away habibti, give away! ^^

Aku : Owh...


Sampai ke hari ni, ini la satu-satunya petua yang tak pernah menghampakan aku.

To me, it doesn’t matter how much money you have. As long as you keep it only for yourself, you’ll always be poor..

5 comments:

lyana sidek said...

ya habibi kak opie..that's so true. orang yang paling kaya adalah orang yang memberi :) go, go kak opie!

izra said...

Kak Opie, sy yg pening bila baca entry akak ni. I can't imagine cmne perasaan akak. But persevere sis, don't give up hope!

Ann said...

yuhuu opie unnie~

it's ok kalo secara sambilan tp jgn lah smp nak abaikan studi. tak bagus.

well, my mom's friend ada yg wat MLM. she could make rm8k per month. but she admitted to me, it's not easy. almost 4-5 years just to build the MLM network. one more thing, u need talent to sell products otherwise people won't buy,believe.

bila pikir balik,nahhh...i have my own way of being rich before 40. why should i bother myself doing stuff like that?

Sitot said...

kak sofie,

sy tk menyokong mlm ni lansung. utk sy, produk2 yg mlm ni semua menindas. harga dah la super duper mahal melebihi harga yg sepatutnya. pastu, kena cari downline kalo nak tambah bonus. banyak unsur2 penipuan n mengarut. for me, bisnes cengini merosakkan pemikiran mereka2 yg gila nak cepat kaya. wpun mungkin produk bagus, berkesan, tp penindasan tu ada terhadap pembeli n penjual.

contoh la sy downline ke 30. kenapa upline yg nombor 10 tu dapat gak bonus sedangkan dia tak terlibat sekelumit pun dgn kesusahan sy menjual. sponsor no 29 tu mungkin la logik dpt bonus, dia tarik sy jadi ahli. sebaik2nya hindari produk mlm n jgn terlibat lansung.

Opie said...

@ Nurul

Huhu, rezeki tu kat tangan Tuhan, kan? Tak kerja pun bley kaya, kerja kuat pun bley miskin. Semua ikut kehendak DIA..

@ Mun

Ya, akak sangat pening. Nak tegah, da besar panjang. Tak tegah, esok akak jugak yang jadi mangsa keadaan.. camana tu?

@ Ann

Betul! Orang MLM kena pandai bercakap..

Thing is, bab bercakap ni la yang banyak bawak mudarat sebenarnya.. sebab kita nak yakinkan orang, kekadang kita cakap yang tak patut, yang tak betul, yang berpotensi menganaiya.. ye la, sebab kalau kita takleh nak convince, abih la periuk nasik kita..

Ni yang akak takut sangat; kerja bergantung kat air liur ni.. Akak tak kisah sangat pasal duit tu Ann. Tapi akak kisah adik2 akak jadi ajen merosakkan anak orang lain semata2 nak dapatkan downline & duit komisyen.. haish! -_________-v

@ Sitot

Akak paham sangat, tapi yang susahnya, adik2 akak tak faham2.. Apa saja la doktrin yang diajarkan kat budak2 ni, akak pun ta tau. dah tu targetnya student U, yang ada PTPTN atau JPA scholar. Adeh, sia2 mak bapak hantar blajar.. Univ patut pantau benda2 camni..