Projek DNA barcoding baru saja selesai. Part of my Masters is now complete. Aku ditawarkan oleh USM dan FRIM untuk bertukar terus ke PhD, satu peluang yang buat masa ini masih lagi aku pertimbangkan. Jujurnya, aku ingin menyambung pelajaran ke luar negara, sebab aku lebih senang dengan sistemnya. Cumanya, aku tak tahu kalau akan diberi peluang belajar overseas pun, dan tawaran FRIM dan USM tak lah sampai bila-bila.
Recently aku upset. Dengan adik bongsu, aku cerita macam-macam. Dia setuju dengan pendapat aku, simpati dengan nasib aku. kami satu geng. Tapi, dalam diam aku tahu, mungkin aku berkelakuan seperti anak-anak. Lalu, aku buka cerita pada mama. Harapkan respons sama yang diberikan adik.
Malangnya - atau mujurnya, depending on how you see this - mama berikan pendapat berlainan. Pendapat yang walau tak mahu aku dengar, adalah sesuatu yang harus aku terima.
Kawan tu kawan. Tapi sampai satu masa, tongkat persahabatan tu kita kena tinggalkan, sebab dalam hidup, kita mesti nak berjalan sendiri.
Aku realize, sejak kebelakangan ni, banyak perkara aku simpan dalam hati. Makin dewasa, aku rasa makin banyak benda yang tak dapat aku luahkan. Bukan sebab aku tak mampu, tapi mungkin sebab aku sedar aku tak berhak.
Aku juga sedar selama ini aku banyak buat keputusan dengan mementingkan orang di sekeliling aku. Aku tak buat keputusan untuk diri sendiri. Aku tak tahu sama ada ini satu petanda bahawa aku seorang yang bertimbang rasa, ataupun sebenarnya seorang pengecut yang takut untuk mengambil langkah sendiri. Walhal, ramai di sekeliling aku buat keputusan yang tak langsung mengambil kira tentang aku. Tak mati pun.
Tapi, bila difikirkan secara rasional, kenapa pulak aku harus diambil kira? Di dalam gambaran besar hidup, adakah aku begitu penting? I guess when you live surrounded by family all your life, you can't help but make decisions based on what's important to the family unit. Because you're important to the family, and they're important to you.
Aku rasa, aku harus pecahkan kitaran ketergantungan ni. For once, aku nak rasa jadi orang yang pentingkan diri. Bak kata Pura, jual ikan.. ^^