Sebenarnya trip ke Phnom Penh agak tergesa-gesa. Kebetulan Majlis Ketua Kampung Daerah Gombak mengadakan ziarah ke sana, dan bila aku dapat tahu dua minggu sebelumnya, aku sign up on the spot.
Aku kira, aku ada masa, sedikit duit dan kudrat.. bila lagi?
I badly needed this excursion to bring my mind back into focus. I wished I could have gone alone for some solitude and personal space. Apa mahu buat. Aku seorang perempuan.
Banyak yang nak aku cerita, tapi malas nak buat dokumentari perjalanan yang panjang berjela. Jadinya, kita go on a day-to-day basis saja ya!
Hari 1 – Nyaris Ketinggalan
Flight pukul 3 petang. 1 pm aku masih lagi kat KL Sentral. Pasport dan tiket di tangan pakcik Adnan dan 30 orang peserta lain yang dah terlebih dahulu berada di LCCT. Ini perkara biasa dengan family aku. According to my dad, mama aku ada ”internal beeper” di punggungnya yang akan on secara automatik bila nak berjalan jauh. Sebab, bila dah duduk kat kerusi kereta baru la dia nak ingat semua benda!
Tapi Tuhan maha kuasa. Flight kami ditakdirkan lewat sejam! ^^
Rombongan ini disertai lebih 30 peserta, kebanyakannya warga emas, suami isteri. Aku sangat selesa, sebab aku serasi dengan orang tua. Their wisdom and sense of humor is refreshing, dan aku banyak belajar. Plus, for once aku boleh jadi orang muda. And that, my friends, doesn't happen a lot!
Flight Air Asia AK 852 bertolak ke Phnom Penh pukul 4:30 petang. Satu perjalanan yang menyeksakan! Tu la, aku nak sangat window seat. Kononnya nak ambil gambar.. Dah la tempat duduk tiga serangkai, ruang kaki sekangkang kera. Aku dihimpit mama dan abah yang tak kurang besar saiznya dari aku yang memang bersaiz besar. Bila aku nak ambil gambar ke luar tingkap, ada je flight attendant lalu minta aku switch off all electronics. Jadi aku tersepit, terhimpit dan tersekat... adeh!
Dua jam kemudian AK 852 masuk ke ruang udara Kemboja. Dalam kepala, aku bayangkan Phnom Penh satu tanah subur dan hijau. Luar kepala, jauh panggang dari api. Dari udara yang nampak cuma petak-petak tandus. Tak ada gunung ganang, tak ada hutan. Cuma tanah lapang dan pohon-pohon kelapa laut yang tumbuh jarang.
Waktu Kemboja mendahului Malaysia lebih kurang sejam. 6:30 petang sudah pun Maghrib. Selepas flight check-in, kami dibawa terus ke Puncak hotel, which is Malaysian owned. I was a bit disappointed we weren’t being more adventurous and local, but at least I didn’t have to become a vegetarian for the rest of the trip. Kemboja bukan negara Islam. Warganya makan apa saja, and I mean anything! Sekurang-kurangnya di hotel Puncak aku tak perlu risau halal haram.
Malam tu kami bertemu mufti Kemboja. Perjalanan mengambil masa cuma setengah jam, tapi aku dah mula mabuk dengan pemandangan. Serius, aku sangat suka dengan gaya hidup warga Phnom Penh. Mereka sangat santai!
Di bahu-bahu jalan, terutama tempat-tempat yang ada rumput, aku akan lihat orang ramai duduk santai. Mereka bukan lepak buang masa. Ada yang main badminton, menari poco-poco, berbuai dalam hammock yang digantung antara pohon-pohon kemboja.. It was like they were all one community, and the entire city was their front yard.
Bayangkan la kalau kita nak main bola atau pergi dating kat roundabout tengah-tengah KL tu. Buang tebiat namanya..
Lagi satu aku rasa nak tabik dengan Phnom Penh ialah sistem pengangkutan. Tak ada sistem! Motor, tuk-tuk dan basikal bersimpang siur antara lori, bas dan SUV. Motorist tak mencilok a la Malaysia. Kalau mahu minta lalu mereka akan memicit hon perlahan dua kali. Everyone will give way. The traffic moves at a relaxed speed of 60 kph. No rush, no road rage, no jams, no accidents. Not even one road kill.
Heaven on earth.
Setengah jam dalam bas baru tahu kami dah terlepas pejabat Mufti. Dalam kepala, aku bayang bangunan korporat, dewan besar dan refreshments. Luar kepala, pejabat mufti berupa rumah dua tingkat yang malap dan berbau reban ayam. Kami dibawa ke belakang rumah, ke sebuah dewan yang langitnya dah setengah runtuh. Meja conference kami dilitupi kain hijau lusuh dan kami dihidangkan air mineral; yang terbaik dapat mereka berikan buat saudara dari jauh.
8 comments:
beep, beep...internal beeper? hihi. klakar la.. bes la kak, dapat lawat negara org. tu la kak, banyak benda depan mata yang kita x syukuri.
Betapa Kau mencintaiku, biarlah aku menghitung caranya..
Nak komen panjang, tp otak tengah saturated...
Will come back soon!
cehhh...nak pi tak nak ajak saya.
takpe2. ngahaha..nnt sy pi gunung banang tak nak bgtau akak.
thehehe
-ann-
..datang la singgah oppa punya blog... k.. bila nak update ni..
kak sofie, abu yusuf ni siapa?
@ abuyusof
Oppa, welcome to my humble site.. do visit often! ^^
@ BITMD
Your name's too long. Stick with Caracol la! :)
Abuyusof is my alter ego. Sama tapi tak serupa...^^
@ BITMD
Actually, abuyusof is from Kuantan. I know him just long enough to count him a friend..
You sound funny when you asked who he is.. why?
Salam, saya akan ke kemboja 1 jun 2009 ni dalam program Khidmat Masyarakat Antarabangsa UPSI.
Walaupun kak sofie kata tak memberi apa2, at least saya dah dapat sedikit gambaran tentang kemboja. ketandusan airport pnom penh, sistem jalan raya dan hidup yang santai.
Insyaallah bermanfaat. TQ.
Post a Comment