Thursday, 11 September 2008

Learning to wing it... Again!

Haish... Aku suka makan!

No one in the world would ever deny their love for food - frankly, the line usually comes down to either living to eat, or eating to live. Kalau boleh, aku nak kata aku ni makan untuk hidup. Tapi, rasa macam tak betul...

Perang aku dengan isu makan ni dah lama. Bertahun-tahun. Through the years I've conquered certain battles, but I've yet to win the war. So jadinya berat badan aku pun roller-coaster: menaik, menurun, melintang... Impian nak kurus tu takyah cakap la. Kemustahilannya bak menggapai belon helium yang dah terlepas ke langit!

Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling banyak mengajar aku strategi untuk menang. Sejak 5 tahun lepas, bulan ni aku tunggu-tunggu bukan sahaja untuk segala hikmat, nikmat dan kebaikan yang ada padanya, tapi juga sebagai research period untuk teori dan strategi baru yang dah aku atur dalam usaha aku nak kurus.

Soalnya, kenapa bulan Ramadhan? A few factors:

1. Ramadhan: the constant variable - Basically, bila kita tak makan kita akan lebih peka kepada perubahan fizikal diri. Dan bulan Ramadhan ni lah satu-satunya bulan di mana aku takyah risau asyik nak sumbat mulut 24 jam...

2. Choice of foods: the variable - Sahur dan berbuka adalah masa paling sesuai untuk menguji makanan yang dapat membantu menguruskan badan, selain menentukan kombinasi dan amount yang patut diambil. On the downside though, asal bulan puasa je, banyak la makanan yang 'tak membantu' duk tumbuh bak cendawan merata-rata...

3. Puasa & tarawih: observation & results - You have no idea how easy it is to observe changes when you fast.. Dari pengalaman, aku sedikit sebanyak dah dapat tentukan apa yang aku personally boleh dan tak boleh makan, based on bagaimana setiap makanan tu memberi effect pada aku sewaktu berpuasa dan semasa tarawih. Ayam golek pasar ramadhan tu memang out la aku rasa...

So, masuk hari ni dah sebelas hari kita berpuasa... apa yang aku dapat dari research tahun ni?

Pertama sekali, nafsu makan aku dah berubah sikit. Dulu kalau ke pasar ramadhan, paling kurang 5 bungkus aku bawa balik; dengan airnya, kuihnya, juadah dua tiga macam.. Tapi tahun ni walaupun dah tawaf bazar tu dua tiga kali, sebungkus makanan dalam tangan pun belum tentu lagi. Malah, these days kalau abah ajak pun aku hangat-hangat tahi ayam. Pergi setakat nak temankan..

First day puasa hari tu seperti biasa aku berbuka dengan nasi dan lauk. Tak banyak pun yang aku makan, tapi effect dia luar biasa. Mula-mula sakit kepala, lepas tu mengantuk tahap gaban. Konsentrasi aku terganggu masa solat tarawih, so aku buat keputusan that's it, no more rice for you! Alhamdulillah, sampai saat ni aku tak berbuka dengan nasi, tarawih berjalan lancar!

Selain tu, aku juga dapati bersahur dengan minum air dan makan benda ringan macam roti tu lebih baik dari makan something heavy. Kalau tak, pukul 11 pagi dah letih dan mengantuk, menguap tak habis-habis. dah la aku kerja.. malu tul kat kawan-kawan.

For now, sampai di situ je observation aku. Lepas ni, nak try light weight training pulak. I want to see the effects of light excercise plus the current diet on my fasting. Nak main-main sikit dengan protein dan sugar intake.. Would I feel better, or would I feel worse?

Mak kita selalu kata don't play with your food. Aku pulak kata, suka hati la mak, aku yang nak kurus!

8 comments:

Shana said...

Menarik sungguh entri akak ni, siap kaitkan dgn experiment. Hobi sy kan suka ber-experimen. Hahaha... Kira skrg akak tak mkn nasi langsung ke?

Jgn lupa masukkan conclusion plak lps ni ye... :p

Opie said...

Makan nasi cuma utk sahur, itu pun kadang2 je...

Conclusion... haish, nanti la. Method pun tak betul lagi nih... =p

Anonymous said...

Kalo kak sofi nak saya bantu utk exercise, I'm glad to help. =)

lyana sidek said...

haha..lawakla shana ni..
kak opie, sy time bebuka makan skit je. tapi time sahur saya selera. rasanya tak pernah lagi tak tambah masa sahur. tp maximumnya 3 kali je la~ hehe...

gudluck kak opie!!!!!! mis u!

Opie said...

@Knowlee

Norly, akak tak larat nak buat capoeira... =P


@ Nurul

Akak suka tul tengok nurul makan. Selamba badak je ulang nasi ngan lauk. Jeles seh!!! ^.^

TQ! Miss you too, sis..

Anonymous said...

saya kecewa kerana tak jadi pengkomen yang pertama untuk entry yang bermotivasi mcam ni.

Saya makan nasi, lepas terawih gi gym....tapi tak bangun sahur.

Huhu....

Saya pulak telah try produk kecantikan R&Z. Alhamdulillah, denagn rawatan serum, jerawat terkawal dan parut makin mengecut.

BTW, saya sokong usaha akak nak kurus 100%.

jangan lupa include future research...nanti tak susah lah nak wat guideline bila real battle datang yakni zaman lepas puasa....

Opie said...

@ Tuan

Thanks for leaving a comment. The author/your sis certainly doesn't mind your being late, so jangan kecewa.. ^_^

Ep, apsal tak bangun sahur? Tapi, pergi gym lepas tarawih tu akak tabik la, sebab akak lepas tarawih dah nak pengsan..

Yup, akak cukup takut nak hadapi battle lepas puasa.. Dah la tahun ni raya kat N9, dugaan makanan dia...

Opie said...

@ Tuan

BTW, komen Tuan pasal R&Z cosmetics tu sangat la macam testimonial dari wanita2 bermasalah kulit yang slalu kita dengar kat radio..

Tuan apply la jadi duta kecantikan, gerenti feymes! XD