Friday, 23 September 2011

Unique vs. Dysfunctional..


..dan aku selalu sangka yang aku the former.

Bila kita kecik dan berdepan dengan hidup yang tak berapa mahu nak serupa dengan orang lain, kita akan cepat-cepat pretend macam kita memang nak hidup kita camtu. Kita perdaya kawan-kawan, kita berlakon sakan. Boleh main ramai-ramai tiap-tiap petang, tapi jangan bawak member balik rumah, takut-takut nanti dia tak mahu lagi berkawan dengan kita..

Kamu pernah rasa risau camtu? Orang selalu kata, life is what you make of it as long as you’re happy. Kut tak happy pun, convince yourself that you are..

Bila kita kecik, unik ialah satu perkataan yang sangat berguna. Bukan saja untuk tutup aib kita sebagai manusia yang sebenarnya susah nak berfungsi dalam komuniti, tapi juga sebagai penyedap hati yang mungkin dah berkira-kira nak label diri sendiri tak betul atau menyimpang dari adat. As long as kita unik, tak ada siapa yang boleh kata apa-apa. Kita lain dari yang lain, and that’s always a good thing, right?

RIGHT!! Cumanya..

Bila dah besar, kita akan cari makna sebenar hidup, dan untuk mencari makna itu kita akan selalu memandang ke belakang.

Unik hanyalah satu perkataan; satu tirai tipuhelah yang cuba menggambarkan secara positif apa yang kita tak faham, atau tak mampu nak jelaskan. Kalau aku mahu jujur dengan diri, unik hanyalah alasan untuk membenarkan zaman kanak-kanak yang tunggang-langgang; mengakuri perlakuan kasar dan kata-kata kesat orang lain; sebagai pengubat parut-luka bila berkelahi dengan psyche sendiri..

‘Keunikan’ aku memang tak boleh nak diubah. It’s done and over with. Aku bersyukur yang disebalik tirai itu aku masih lagi mampu dewasa menjadi manusia yang berguna. Mampu berterima kasih, dan mampu juga memaafkan.


Tapi aku dah serik dengan unik ini. That curtain is coming down.



ps: if you choose to click the link (the word 'curtain'), I'm apparently a hero..