Friday, 15 October 2010

SOMEONE LIKE ME?

Enggang sama enggang.
Jika aku mahu kamu, maka aku harus berubah.


Mak aku tergelak bila aku minta dia doakan cepat bertemu jodoh. "Doa saja?"


Nenek aku lagi best... "Kamu? nak kawin? rupa tu!?"


Hn.


Tak tahu apa nak cakap.


Aku cuma nak elak semuanya dari luruh ke hati.

Monday, 4 October 2010

The Everything Entry


Well, isn't this nice...

I haven't been writing for what, more than two months now? I'm sorry.. It's been way too hectic. I've been chasing after things, and you need to stay put to write. And when I did get to stay put, the mood just turns out all wrong.. (-____-)

I find myself a little apologetic over the past few weekends, and I feel like I should make amends here (at least the first two points). Bear with me as i go through these; if your name comes up, know that Kak Sofie is really sorry..


1. Ati's Graduation

This is just one too many mishap piling together at the wrong place and at absolutely the wrong time! The night before Ati's big day, my cellphone died and refused to charge. At the same time, one of my close relatives had a stroke, so you can imagine where I was after that. To make it worse, I was also the designated driver for this occasion, which got Ann and Mun dragged into the whole mess.

None of us girls made it to KLCC, but thank you Lutfi for making the trip! ^^

Ati, I'm so very sorry for missing your graduation. We girls would like to take you out for eats to celebrate some time. We'll make it a grand one ya!


2. Majlis Kikah Azkiya

Sebab tak mau Pojan confuse, akak tulis dalam BM ya.. ~.^

Sabtu lepas bertemankan Mun, Ann dan CD SuJu, aku penuhi jemputan Dayah dan Pojan ke majlis kikah Azkiya di Ipoh. Kami sampai dalam pukul 2.30 petang (aku driving sambil lewa, bawah 100 km/j). Time tu makcik-makcik marhaban baru saja nak jejakkan kaki ke dalam rumah..

Sampai je time makan, aku pulun kurma kambing biri-biri (read: lamb). FYI, aku sangat suka lamb! Tapi, selesai makan, sedang aku asyik bersembang dengan Mun dan Ann, saga 'Hari Paling Menyeksakan Dalam Hidup' bermula..

Kamu pernah keracunan makanan? Baru sekarang aku tahu bahawasanya sebelum ini aku tak pernah kena! Selama ni apa yang aku sangka food poisoning tu adalah dongengan belaka, cuma angin dalam perut yang degil tak mau keluar..

The real thing, sakitnya Subhanallah! Aku tak pernah rasa sakit camtu. Tu tak kira lagi sesi muntah, trip ke bilik air dua tiga kali... Mulanya aku ingat nak tunjuk 'terrer', ada hati nak drive balik KL! Mun dengan Ann skeptikal tahap dewa. Pojan risau, terus belikan aku pil Chick It Take On (amende tah berbiji-biji cam tahi kambing tapi bau cam makjun opah aku..) dan sebotol Gatorade.

Kesudahannya, kami balik KL dekat nak Maghrib: aku dah tak sedarkan diri kat seat belakang, Ann jadi long-distance driver with Mun as co-pilot.

Pojan & Dayah, akak minta maaf mengkucar-kacirkan majlis. I know you guys were really worried. Mesti fikir benda-benda cam, Kak Sofie sakit sebab makan kat rumah kita ke? Jangan mengarut! I probably ate something weird the night before, and the lamb (or something) triggered a reaction. Salah akak la pun. Sapa suruh pi makan kambing sampai tahap tak ingat?



Ann & Mun, akak minta maaf korang kena strok driving atas highway malam-malam buta time hujan-ribut-halilintar-menyambar.. It was not my intention to give you impromptu driving lessons. But, now you know what it really takes to drive out there. It's scary, but as you've found out, it's also not impossible! ^^

I am very proud of you guys for making it all the way back to Kepong (with me unconscious, thank you very much), and then to Serdang and Bangi. Next time kita pi driving dalam hujan, Ann jadi supir, kay!


3. Happy 23rd birthday Pura! ^^

Along feels so old now that you're creeping closer to 25.. and she feels a whole lot older with the next event the both of us will be involved in.. (-_-) Luv you so much, hunny!

Er, as per birthday presents.. Well, I've bought you at least two things this month, so.. I know that's not exactly a birthday present because I didn't buy it for the occasion... but you know, technically it is, because presents are what you want to have and the things I bought you were what you really wanted..

Yeah, I'll get you something else, kay.. (-__-)


4. Fanmeets


Who knew that after 12 years of listening to Korean music, I'd be attending my very first showcase? I've never been to a concert in my life (well, technically this isn't a concert, but whathehey..)

So, I guess I'm excited....?

I love the complete version of this group - which goes by the title DBSK - but sadly, for the JYJ showcase my favorite member won't be attending. But my little sister begged me to accompany her because obviously her favorite member will be present, and as most of you are painfully aware, I seldom say no to whatever she wants..

So, can you imagine the Godfather surrounded by teenage fangirls, screaming chants and waving glowsticks? (O_o)



On the plus side though, the phenomenon pictured above is something I want to be a part of at least once in my life, which can only be observed where DBSK members perform: Cassiopeia's Red Ocean! ^^


5. Paris, attendez moi!


Sepuluh tahun selepas aku mula melupakan bahasa Perancis, baru Tuhan berikan aku peluang untuk jejakkan kaki di muka buminya.

Aku pergi sekadar untuk temankan mama ke headquarters CIRAD di Montpellier, Selatan Perancis. Tah kenapa kali ni dia takut nak pergi seorang (my mum is definitely not the fearful type!), hatta dia sanggup sponsor penerbangan aku ke sana. But it makes sense. Walau aku dah tak berapa fasih bertutur, tapi berkat kelas intensif Monsieur Rose waktu aku di Highschool, aku masih boleh memahami bahasanya. So in a sense, I'm my mother's personal guide on this trip!

Aku agak excited, sebab Montpellier berdekatan dengan laut Mediterranean. Bandarnya dikatakan sangat cantik, tapi aku masih belum dapat menemukan warga Malaysia yang tinggal di sana. Susah juga kalau tak ada local guide ni, terutama yang Muslim. Soal halal haram sangat penting, lebih lagi la bila Perancis sangat terkenal dengan makanan-makanan exoticnya (read: pelik-pelik)..

Dua hari sebelum balik, kami cadang nak singgah Paris. Serius, terlampau banyak tempat yang aku nak visit! Ni la padahnya belajar bahasa dan budaya orang lain.. Eiffel Tower isn't even at the top of my list! Aku nak pergi musium Le Louvre, Pont Neuf, Cathedral Notre Dame, L'Arc De Triomphe, Champs Elysee, Kediaman Marie Antoinette, Montmartre, etc etc!

Haish, so much to do, so little time to do it. On top of all this, I've got less than 8 months to finish my Masters (thesis writing included). But, buat masa sekarang ni aku malas nak fikirkan. I just want to go through things one at a time.

I'll get there when I get there I guess..

Tuesday, 13 July 2010

It's all about the money!


“Long, ko jangan la ego sangat!”

Ego!? Tangan aku sikit lagi nak naik ke muka dia, tapi aku tahankan. Nak bercakap dengan anak jantan umur 27 tahun ni kena ada caranya. Terutama sekali yang tengah defensive nak pertahankan minatnya yang latest..

Minat yang cukup la aku tak setuju.

Sejak cuti sem aku dah mula rasa semacam. The twins balik cuti tapi dua-dua tak lekat di rumah. Keluar entah ke mana sampai pukul 3 – 4 pagi. Telefon bimbit kalau tak lekat di telinga mesti saja di hujung jari, SMS tak henti-henti.

Aku tahu mereka ada ‘bisnes’; some internet MLM thing.. Aku dan Pura yang dahulukan duit modalnya, tapi selain tu kami tak tahu apa-apa. Dah diaorang beriya, kami tak mampu nak tolak. We thought, biar la diaorang cuba cari side income sendiri.

Tapi bila tengok keadaan diaorang yang makin rancak grouping sana sini sampai ke subuh adam, aku mula rasa tak sedap hati. Parents aku tak tahu cerita. Walaupun mereka awalnya tak menegur, aku tahu mereka dah mula menghidu perkara tak elok. Bukan apa, kembar ni dua-dua masih lagi belum tamat pengajian. Kalau awal-awal lagi tumpuannya lebih kepada bisnes daripada buku, aku dah dapat forecast haluan adik-adik aku ni.

It ain’t good, that’s all I gotta say...

Bila dipecahkan tembelang, mak ayah aku naik angin. Lebih-lebih lagi bila the twins kata mahu tumpukan perhatian pada bisnes, nak buat MLM seumur hidup. Katanya, belajar tinggi-tinggi pun, gaji permulaan cuma tahap RM1500 sebulan. Nak kena belajar lagi kalau nak naik pangkat. Kerja makan gaji ni menyusahkan, asyik duduk bawah telunjuk orang. Tak ada future..

Katanya, dengan MLM boleh dapat financial freedom. Contoh sukses yang mereka beri? Remaja belasan tahun yang tak ada pelajaran tapi ada kereta mewah tiga empat biji, rumah banglo sana sini dan duit berjuta-juta dalam bank. Nah, dengan bisnes seuntung ini, kenapa perlu susah-susah nak belajar, nak dapat sijil..

Logik? Memang logik, kalau duit yang dijadikan kiblat mata hati.

Aku cuba mengembalikan pemikiran mereka ke arus normal, tapi langsung tak berkesan. Malah aku dianggap egois kerana enggan ‘bertukar mindset.’ Katanya aku tak pandai mengambil peluang, terlalu terikut-ikut dengan gaya hidup yang mementingkan ranking dan hierarchy. Yang paling aku tak dapat terima, bila mereka memperlekehkan ilmu dan seperti memperkecilkan impian aku dan Pura untuk belajar sampai ke peringkat tertinggi. Katanya aku hanya omong kosong tentang impian aku untuk tubuhkan perniagaan sendiri, sedangkan aku masih tak punya modal pun untuk memulakannya.

Haish, macam mana tu?

Dalam hidup ni tak aku nafikan yang duit tu penting. Serius, siapa tak suka ada duit, dan siapa yang tak suka ngabiskan duit? Aku rasa aku paling suka kedua-duanya! ^^

Kalau ada duit, boleh bawa adik-adik keluar makan, pergi shopping ramai-ramai kat One Utama. Boleh belikan mama dan papa Big Apple donuts, atau aiskrim King’s perisa Caramel Almond Fudge. Boleh merayau kat pasar malam dengan Pura tiap-tiap Khamis beli ayam, ikan dan sayur untuk rumah. Boleh balik kampung, bawak nenek pergi pasaraya dan beli apa saja yang dia bubuh dalam troli; sebab selalunya dia akan taruh benda-benda yang dia selalu tengok dalam iklan TV tapi tak pernah rasa lagi - haish, comel! ^^

Dan paling best, boleh plan surprise birthday parties... beli hadiah, belanja orang-orang atau makhluk-makhluk (read: cats) yang sangat aku sayang.

Rumah banglo dan kereta BMW tu walaupun wujud dalam fantasi, bukanlah sesuatu yang aku target dalam realiti aku. Serius, kalaulah aku diberikan rezeki menjadi cukup kaya untuk beli mahligai dan kereta mewah, dan apa yang aku lakukan ialah beli mahligai dan kereta mewah, aku rasa aku la khalifah yang paling tak berhati perut dalam dunia..

Harga satu kereta BMW tu, agaknya boleh beri makan berapa ramai orang? Boleh sponsor berapa ramai anak-anak nak pergi belajar? Boleh bangunkan berapa rumah kos rendah, rumah kebajikan, masjid, perpustakaan, etc? I’m just sayin’..

Maksud aku, apalah salahnya berkerja makan gaji, simpan duit sikit-sikit, menabung untuk masa depan? Kurang-kurangya pendapatan aku stabil; ada elaun, ada pencen. Ni tak, semua nak cepat. Nak duit banyak, nak kereta mewah, nak rumah besar.. all before 30! Wow.. Duit yang datang sebanyak tu dalam jangkamasa yang begitu singkat.. aku sangsikan halal haramnya.

Tapi yang lebih aku risaukan di sini ialah keadaan rohaniah adik-adik aku. Peribadi apa yang dapat dibentuk dari pekerjaan yang semacam ini? What kind of knowledge can be gained? Apa sumbangan yang dapat diberikan pada ummah?

For the record, “Kitaorang dapat tolong bumiputera-bumiputera lain untuk jadi kaya,” is the biggest nonsense I’ve ever heard..

Aku suka teringat pada kata-kata Sr. Fatimah, seorang guru sukarela kacukan Siam-Mesir yang gemar mengajar aku hikmah di sebalik Islamic Finance. Ketika dia terlihat aku mengira hasil kerja babysitting di bilik bacaan masjid waktu aku berumur 16 tahun:

Sr. Fatimah : Sofie habibti.. you want to know how to make money grow?

Aku : Grow? Er, yeah.. sure..

Sr. Fatimah : Good, it’s very simple! Here, you keep a little bit.. Then the rest—

Aku : The rest, I keep in piggy bank?

Sr. Fatimah : What means piggy bank??

Aku : (O_o)? Then, the rest...

Sr. Fatimah : You give away habibti, give away! ^^

Aku : Owh...


Sampai ke hari ni, ini la satu-satunya petua yang tak pernah menghampakan aku.

To me, it doesn’t matter how much money you have. As long as you keep it only for yourself, you’ll always be poor..