Thursday, 22 April 2010

Hm..

Projek DNA barcoding baru saja selesai. Part of my Masters is now complete. Aku ditawarkan oleh USM dan FRIM untuk bertukar terus ke PhD, satu peluang yang buat masa ini masih lagi aku pertimbangkan. Jujurnya, aku ingin menyambung pelajaran ke luar negara, sebab aku lebih senang dengan sistemnya. Cumanya, aku tak tahu kalau akan diberi peluang belajar overseas pun, dan tawaran FRIM dan USM tak lah sampai bila-bila.

Recently aku upset. Dengan adik bongsu, aku cerita macam-macam. Dia setuju dengan pendapat aku, simpati dengan nasib aku. kami satu geng. Tapi, dalam diam aku tahu, mungkin aku berkelakuan seperti anak-anak. Lalu, aku buka cerita pada mama. Harapkan respons sama yang diberikan adik.

Malangnya - atau mujurnya, depending on how you see this - mama berikan pendapat berlainan. Pendapat yang walau tak mahu aku dengar, adalah sesuatu yang harus aku terima.

Kawan tu kawan. Tapi sampai satu masa, tongkat persahabatan tu kita kena tinggalkan, sebab dalam hidup, kita mesti nak berjalan sendiri.

Aku realize, sejak kebelakangan ni, banyak perkara aku simpan dalam hati. Makin dewasa, aku rasa makin banyak benda yang tak dapat aku luahkan. Bukan sebab aku tak mampu, tapi mungkin sebab aku sedar aku tak berhak.

Aku juga sedar selama ini aku banyak buat keputusan dengan mementingkan orang di sekeliling aku. Aku tak buat keputusan untuk diri sendiri. Aku tak tahu sama ada ini satu petanda bahawa aku seorang yang bertimbang rasa, ataupun sebenarnya seorang pengecut yang takut untuk mengambil langkah sendiri. Walhal, ramai di sekeliling aku buat keputusan yang tak langsung mengambil kira tentang aku. Tak mati pun.

Tapi, bila difikirkan secara rasional, kenapa pulak aku harus diambil kira? Di dalam gambaran besar hidup, adakah aku begitu penting? I guess when you live surrounded by family all your life, you can't help but make decisions based on what's important to the family unit. Because you're important to the family, and they're important to you.

Aku rasa, aku harus pecahkan kitaran ketergantungan ni. For once, aku nak rasa jadi orang yang pentingkan diri. Bak kata Pura, jual ikan.. ^^

Friday, 26 March 2010

Seriously, I don't know whether to feel honored, or used..

All I know is, this is feeling a whole lot like heading the prep and tech division for that ill-concieved KOS AGD Dinner back in 2006.

History is about to repeat itself, minus the camaraderie and willing help of close friends.

SOMEBODY HELP!! (>_<)

Thursday, 25 March 2010

Falling apart at the seams..

All done! (=_=)

Serius, dah tiga minggu aku menghadap skrin komputer. Kerjanya:

1) Membetulkan lead dan reverse sequence untul 150 samples, base by base..
2) Run haplotype analysis untuk setiap spesis
3) Identify unique haplotypes untuk barcode
4) construct barcodes by hand, using Paint program
5) Report

Aku jenis yang tak senang puas hati. Sikap perfectionist aku ni kadang-kadang menjadi benda yang buat aku sangat susah nak get along dengan rakan sekerja. Orang dah penat buat report, nak hantar cepat-cepat. Aku? down to the last minute masih lagi membelek; edit content, wording, font, color, alignment, heading, captions..

Semuanya nak kena betul, tepat, cantik.

Too bad SV aku tak sabar-sabar nak tengok result. Aku tengah perah otak nak identify haplotypes, dia sibuk nak minta aku buatkan gambar-gambar barcodes untuk include dalam progress report. FYI, namanya jer DNA barcoding. It's a concept. Bukannya software aku boleh generate betul-betul barcode tu. Yang boleh di-generate ialah DNA sequence yang panjangnya beratus-ratus base pairs. Nak buat barcodes daripada sequences camtu? Nak mampus!?

Tapi tak. Dia nak jugak.

Sebenarnya aku tak payah fikir panjang. Apa saja yang dimuntahkan software Mega tu aku include je dalam report dan hantar pada SV. Dia bukan faham sangat. Kalau aku kata ada 18 haplotypes untuk 10 species, maknanya betul la ada 18 haplotypes untuk 10 spesis. Why should she doubt me? I'm the geneticist.

But like I said, aku ni jenis yang tak senang puas hati.

Aku sangat risau kalau haplotype aku tak cukup spesifik untuk barcoding. Terlampau banyak benda yang aku tak pasti. Is the sequence clean? are the primers conserved? Are they really unique haplotypes or errors made during translation? Will this be useful? Softwares can only go so far in giving you what you want. If garbage is what you feed into it, you really can't expect gold to come out..

Point is, kata-kata aku, pandangan-pandangan aku, as well as kerja-kerja aku tak seharusnya diambil bulat-bulat. I'm a novice at this. Kamu yang expert.

Tapi biasa la, dunia aku selalunya terbalik.

Haish. I want more time to work on this. Aku rasa banyak yang perlu diperbaiki. Mungkin aku tak faham semua benda, tapi aku sangat peka kalau kerja aku tak berapa mantap. Susah la kalau research aku diganggu pihak pentadbiran yang asyik nak tengok result; tak kisah la apa rupanya result tu. Yang penting projek selesai pada waktunya.

Etika kerja aku tertolak tepi demi berkompromi dengan masa.






PS: Presents to anyone who could tell me where I could get this drink in the Peninsular.. ^^