Thursday, 7 January 2010

A matter of happiness




Semalam, tepat pukul 9 pagi, aku dan Joann mengambil tempat duduk di Auditorium FRIM untuk menghadiri mesyuarat pertama bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar bagi tahun 2010.

15 minit selepas mesyuarat bermula, minda aku hanya ada satu soalan: What in the world am I doing here?

Kamu pernah rasa lemas? Itu saja yang dapat aku rasakan sedang tuan pengerusi sibuk menelaah slide powerpoint di podium. Mulutnya terkumat-kamit tapi satu pun aku tak dengar. Aku faham apa yang sedang dibentangkan; bajet dan target kerja untuk setiap unit bahagian bagi tahun ini.

Yang aku tak faham: What's this got to do with me?

Kamu percaya tak? kadang-kadang, kita tak kenal diri kita sendiri. Dalam kekecohan kita nak buat benda baik, nak contribute, nak make the world a better place, kita turuti jalan yang mungkin tak begitu sesuai dengan jiwa kita.

Aku tersedar, aku pilih FRIM kerana aku mangsa idealisme. Sedari kecil tempat ini membentuk aku menjadi seorang yang cintakan alam; menyebabkan aku mengiblatkan seluruh hidup ke jalan itu. Dari zaman sekolah sampailah ke menara gading, fokus aku hanya satu; aku mahu jadi seorang environmentalist.

Nah, secara logik, ke mana lagi aku mahu pergi selepas semua itu, kalau tak pulang ke akar umbi?

Aku lihat di sekeliling, kepada pejawat-pejawat yang sudah dekat separuh abad bersama FRIM. Di dalam mata mereka sudah hilang bayang semangat. Seperti aku mereka semua mendengar bentangan acuh tak acuh; mungkin membayangkan bihun dan kueytiau goreng yang sudah tersedia di ruang legar.

Cuma tuan pengerusi dan rakan-rakan setugasnya - boss-boss kami - di barisan hadapan yang galak membincangkan isu-isu semasa:
"Projek you dapat funding banyak mana?"

"You publish kat jurnal Borneo Science? ada impact factor ke tu?"

"FRIM dah mansuhkan tabung Tea Club. Takde la jamuan makan besar-besaran lepas ni ek.."
Aku tahu kenapa aku rimas. This is not what I'm looking for..

Bukan aku kata tugas di FRIM tak mencabar. Aku suka penyelidikan. Aku juga suka makmal. Kelawar lagi la aku suka! Tapi.. there's something missing. Aku suka, tapi aku tak cinta. Sekarang ini aku kurang pasti bagaimana tugas aku di FRIM akan dapat menyumbang kepada konservasi alam sekitar, which is what I want to happen.

Aku kucing advokasi. Aku suka belajar dan mengajar, terutamanya bidang biodiversity. Aku teringat betapa aku enjoy bawa student Dr. Jalal masuk hutan dan paya bakau time aku kerja sebagai demonstrator/RA di UIA dulu. Ya, memang banyak kerja. Lesson plan aku sendiri yang kena lakar. Berminggu-minggu aku buat research; tulis manual.

But you know what? I did it with love. Lots of love!




Terlewat, tapi aku realize sekarang yang aku sangat suka jadi guru. Aku suka tengok students belajar. Bila mereka tanya soalan, aku suka carikan jawapannya. Aku suka cara muka mereka berubah menjadi kagum dengan ciptaan Tuhan; bila mereka faham dan ambil tindakan.

Dah lama aku tak lihat semua tu. Aku rindu.

Yang lagi sedihnya:

Mum, what do you think if I became a lecturer?

I was thinking the same thing! Leave FRIM and go to USM, or UNIMAS.. you'll be great at it!


Gee, thanks for the vote of confidence, Ma.. (-_-)

Friday, 25 December 2009

Ambang cuti Krismas melihat penghuni Makmal Genetik yang cuma tinggal beberapa kerat penuh gelisah menunggu pukul lima petang. Aku sendiri turut menyibuk di bilik makan, mengunyah sisa-sisa kudapan sambil ngomel dengan Kak Pah dan Kak Su, pembantu-pembantu makmal.

Sembang-sembang tentang projek, Kak Wan, senior officer kami masuk ke bilik makan, terkebil-kebil melihat kami buang masa. Aku biarkan saja. Cuma tinggal sepuluh minit sebelum tamat waktu kerja. Semua tugasan sudah selesai. Mau apa lagi?

“Ni cuti panjang ni ulat bulu siapa kasi makan?” dia bertannya kepada RAnya. Nadanya masih di tahap friendly. Kak Su dengan penuh rasa tanggungjawab mengulas, “Ah, tadi kami beri daun banyak-banyak. Cukup sampai minggu depan.”

Aku mencuit kak Pah, lalu mulutku mengutarakan soalan tanpa suara. Ulat apa?

“Ulat yang makan daun jati.”

Dahiku berkerut. Aku memandang kak Wan, dan dengan agak bangga dia memberi penjelasan.

“Ulat ni ulat perosak. Suka makan daun jati dan musnahkan tanaman jati.”

Ah. “Ulat ni nanti bila dah dewasa jadi apa?”

Kak Wan macam bengang dengan soalan aku. “Tak kisah la dia jadi apa. Yang pentingnya masa stage ulat, dia makhluk perosak.”

Aku ulang suara. “Ya faham. Tapi bila besar mesti jadi sesuatu kan? Jadi apa?”

“Rama-rama,” Kak Pah membantu.

Kak Wan explain lagi seperti aku budak lepasan SPM. “Kak Nor tengah buat research. Dia cuba introduce BT gene dalam pokok jati. BT gene ni nanti akan musnahkan system penghadaman ulat dan lama kelamaan ulat tu akan mati. Jadi tak ada la lagi gangguan pada pokok jati.”

RAnya yang memang lepasan SPM nampak sangat kagum.

Aku sengaja menongkah arus. “Kalau kita guna BT gene, tak pupus ke ulat tu?”

Dengan penuh yakin kak Wan menjawab, “Ulat tu tak berguna pun. Siapa suruh makan daun jati?”

Tak berguna?

Kucing advokasi dalam hati aku menyinga, buat aku rasa panas tiba-tiba. Aku tak suka emosi yang melampau, tapi serius aku katakan: aku cukup benci dengan orang yang kurang berfikir tentang hak orang lain, atau lebih jelasnya di sini, hak makhluk lain.

Dan untuk seorang saintis institut penyelidikan berpangkat PhD mengutarakan pendapat seperti budak dua tahun adalah sesuatu yang tak dapat aku terima. Siapa suruh makan!? For heaven’s sakes, come on!

Kak Wan mungkin merasakan perubahan suhu bilik, lalu dengan nada keamanan dia berkata, “Ala, kalau sesuatu tu mendatangkan lebih keburukan daripada kebaikan..”

Inilah dia masalah kebanyakan saintis Malaysia zaman ini.

Bila sudah pelajari sesuatu, kita rasakan diri sudah betul, dan ilmu yang kita dapat, itulah yang terbaik. Betulkah? Sebagai seorang biotechnologist juga self-proclaimed pencinta alam, aku banyak belajar betapa kita ni hidup dalam satu jaringan yang imbangannya bagai telur di hujung tanduk. Tak perlu tunggu haiwan besar untuk lenyap dari muka bumi. Kehilangan ulat sudah cukup untuk meranapkan semuanya!

Sekarang zaman integrasi; era interdisciplinary education. Sebanyak kita mengetahui tentang punca sesuatu, kita juga harus tahu serba sedikit tentang kesannya. Everything is a cycle of cause and/or effect, and everything comes with its own costs and benefits . In short, everything contributes to a whole and consequently, the loss of even one component will adversely affect the whole.

(Thank God for my mother, a sound environmental economist who has taught me a lot about 'balance' ^^)

Satu konsep yang sangat munasabah, kan? Malangnya, tak ramai antara saintis kita yang mahu berfikir secara munasabah, sebab cara itu takkan mendatangkan untung. Sebaliknya semua sibuk mencari jalan untuk mengeksploitasikan sumber, kerana dari situlah terbitnya wang ringgit.

Yang lebih menyedihkan, perbualan ini juga memberi gambaran jelas betapa sistem institusi pengajian tinggi kita masih belum berupaya melahirkan saintis yang holistic; yang mampu meneliti masalah dan juga jalan penyelesaian dari pelbagai sudut.

Akibatnya? seorang saintis yang sudah punya sarjana doktorat keluaran tempatan masih lagi berfikiran one-sided.. mengambil jalan senang: Get rid of the damned pests!

Kalau macam itu aku pun boleh jadi doktor falsafah: Bunuh saja, bukan berguna pun..

Haish, aku rasa sangat kesal. Aku mahu pertahankan hak ulat-ulat tu; ulat yang akan jadi rama-rama cantik. Hanya sebab pokok jati yang menjadi makanannya sejak azali tiba-tiba sudah menjadi komoditi terhangat bagi manusia, haiwan ini harus berdepan dengan kepupusan. Adil ke tu?

Cuba kalau lembu, kambing atau ayam yang menjadi makanan fevret kita jadi komoditi terhangat makhluk asing, lepas tu diaorang engineer lembu, kambing dan ayam yang boleh menjahanamkan sistem penghadaman manusia, sampai lama kelamaan kita pun pupus. Baru padan muka kita..

Aku selalu kata: put yourself in other people's shoes.. walaupun hakikatnya kasut tu milik ulat bulu yang tak seberapa specialnya. Nak jadi khalifah ni bukan perkara senang. Perkara besar kena jaga, perkara kecil pun kena jaga juga.

Kalau kita nak hidup hanya untuk pertahankan hak kita, dan meminggirkan hak orang/makhluk lain, itu bukanlah khalifah namanya. Itu hanyalah haiwan.

Monday, 7 December 2009

Labwork... Argh!!! >_<



Life is less hectic now.
I don't like it.


Cooped up in a sterile, virtual freezer for 9 hours of the day ain't my idea of quality time. I know, I know; I made the bed, I suppose I should lie in it.. I just didn't think it would be this much work, especially considering I didn't sign up to FRIM's Forest Ecology unit just to end up right back where I started.

In that sterile, virtual freezer..

You'd never know there is a large gap in the knowledge that you possess unless you actually go out and see for yourself. That is, if you even realize there is a gap..

I know there is a gap. I'm trying hard to bridge it but I don't know where to start. Right now my life feels like a woven mat. I'm putting the seams together but for the life of me some parts keep unraveling. I weave a bit here and it comes undone there. I fix it there and it goes haywire elsewhere! Argh!!

I think I'm missing a very important link somehow. Like a glue that will keep it all together. Or a knotting technique, as the analogy might prefer.

But I also know this 'knotting technique' is difficult to learn, and hard to come by. I'm tempted at this point to just leave the messy edge and concentrate in the middle where everything looks simple and orderly.

Ceh, I'm not stupid. I know the edge is the problem. That's what needs solving. But without a lot of input I'm a little scared to try. What if things go wrong?

Or worse, what if I find I'm just not cut out for this?